Blogger Layouts

27 October 2009

Aku dalam dilema

Nk g kija ke x g nk kija erk ari nih?? Masuk semalam sudah 5 ari fira x g kija. Rindunya pada murid2 kelas xyah cakap la... Bukan sengaja x nk g ngaja ari ni...bnyak mslah la mnyebabkn fira x beshhh kija kt ctu. Beban kija yg di beri tak sama ngan gaji yg fira dapat...dah la tu ngn perangai budak2 lg....ngn environment kija yg x cehat memang melunturkan semangat yg kian pudar.

Sebenarnya fira suka ngan kerenah budak...kekadang melayan mereka menghilangkn bebanan perasaan dan masalah yang berkecamuk di fikiran. Mereka mampu membuatkan aku tersenyum bahagia. Kalau ikutkan mahu berenti mengajar membuatkan aku berfikir berkali-kali demi rasa kasih yang makin mekar untuk mereka.

Kalaulah fira berenti...pada siapa mereka mahu mengadu, tambahan pula mereka sedang menduduki peperiksaan akhir tahun pada minggu ini. Aaarrgghhh........!!! Aku tidak mahu mereka terasa dipinggirkan lantaran kerana guru kelas mereka berhenti.

Kesiannya ank2 muridku nanti. Tak dapat aku bayangkan bila mana pada akhir tahun nanti...bila mereka lihat rakan2 kelas yg lain mengadakan jamuan akhir tahun, pastinya mereka juga teringin untuk menyertainya. Pastinya mereka sedih bila kelas lain mengadakn jamaun sedangkan mereka tiada apa2, hanya memandang dari jauh.

Moga aku mampu bertahan hingga hujung tahun ini. Walopon perit, bertahanlah fira!!

No comments:

Post a Comment